POLISI YURAN PELAJAR
1. Bagi Program Prasekolah Integrasi (PCAZA) dan Sekolah Rendah Integrasi (SRIAZA), Yuran Bulanan telah termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang harian. Bagi program Sekolah Menengah Az-Zahrawi (SMAZA) pula Yuran Makan Bulanan adalah pilihan.
2. Diskaun khas RM50 untuk Yuran Tahunan bagi adik-beradik seterusnya yang mendaftar di program PCAZA, SRIAZA dan SMAZA.
3. Diskaun khas 5% ke atas Yuran Bulanan akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai tiga orang adik-beradik (dan ke atas) yang turut belajar di mana-mana program PCAZA, SRIAZA dan SMAZA.
4. Polisi Yuran Pendaftaran & Yuran Tahunan bagi Program PCAZA dan SRIAZA tidak dikembalikan adalah terpakai.
5. Yuran Pendaftaran Sekali Bayar bagi program SMAZA tertakluk pada polisi tiada pemulangan semula dan tidak boleh dipindahkan.
6. Setiap pelajar SRIAZA wajib mempunyai tablet sendiri dan pelajar program SMAZA pula wajib mempunyai laptop sendiri bagi menjalani sistem pembelajaran secara hibrid dan interaktif.
7. Semua Yuran Peperiksaan Awam mestilah dijelaskan sebelum 31 Mac setiap tahun.
8. Sebarang permohonan menamatkan persekolahan perlu dibuat secara bertulis satu (1) bulan sebelum pelajar menamatkan persekolahan kepada pejabat sekolah masing-masing.
9. Bayaran Deposit untuk Program SMAZA akan dipulangkan dengan notis bertulis satu (1) bulan sebelum pelajar menamatkan persekolahan.
10. Sebarang permohonan menamatkan persekolahan akan dikenakan caj pengurusan.
11. Semua belian set buku, uniform dan lain-lain mesti dibuat melalui laman ASIS atau aplikasi ASIS.my. Belian buku dan uniform tambahan boleh dibuat di Kedai Koperasi SMAZA (Kampus Az-Zahrawi Hillpark sahaja). Polisi bayaran tanpa tunai adalah terpakai.
12. Semua bayaran mestilah menggunakan sepenuhnya Sistem Pengurusan Pelajar (ASIS) termasuk bayaran bagi perkhidmatan sokongan seperti Perkhidmatan Pusat Transit Az-Zahrawi (PTA) dan Perkhidmatan Pengangkutan Az-Zahrawi. Semua bentuk bayaran secara tunai adalah tidak diterima.
13. Tiada Individu atau wakil sekolah dibenarkan untuk mengambil apa-apa bayaran yuran secara tunai.
14. Semua Yuran Tahunan perlu dibayar sebelum sesi persekolahan dimulakan setiap tahun.
15. Semua Yuran Bulanan perlu dibayar sebelum atau pada 5hb bulan semasa.
16. Tunggakan Yuran Bulanan selama satu (1) bulan membenarkan pihak sekolah membuat apa-apa sekatan terhadap urusan akademik pelajar, termasuk menahan serahan buku, sekatan menduduki ujian dan peperiksaan serta sekatan akses kepada capaian rekod akademik di ASIS.
17. Sekiranya tunggakan berlanjutan sehingga dua (2) bulan, pihak sekolah berhak mengambil tindakan lanjut ke atas pelajar, termasuk menggantung sementara perkhidmatan persekolahan, penarikan diri, serta tindakan lain yang sesuai dengan peraturan dan peruntukan sekolah.
18. Sebarang isu berkaitan pembayaran yuran perlu dirujuk kepada Bahagian Kewangan, Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi. Kami menggunakan sepenuhnya sistem pengurusan kewangan berpusat.
19. Semua peraturan dan peruntukan kewangan berkaitan sekolah ini adalah seperti yang diwartakan dan mematuhi kehendak perakuan pendaftaran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

