Visi, Misi, Nilai dan Model Guru Az-Zahrawi
Di Az-Zahrawi, pendidikan bukan sekadar proses penyampaian ilmu, ia merupakan amanah dan perjuangan suci dalam membina generasi pintar soleh yang mampu memakmurkan dunia melalui ilmu, akhlak dan keimanan.
Visi, misi, nilai teras dan model guru Az-Zahrawi menjadi panduan dalam membentuk sistem pendidikan yang bersepadu, berteraskan nilai Islam serta menitikberatkan kecemerlangan sahsiah dan profesionalisme.
Setiap anak didik dilihat sebagai permata khalifah masa hadapan yang perlu diasuh dengan kasih, hikmah dan tanggungjawab oleh guru yang amanah, berdedikasi serta berjiwa pendidik, demi melahirkan insan berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada ummah.
Misi
- Biah Solehah
- Pendidikan Progresif
- Profesional Kompetitif
Menjadi institusi pendidikan integrasi yang lengkap, selamat dan menyediakan suasana pembelajaran kondusif dalam persekitaran biah solehah.
Memberikan perkhidmatan pendidikan integrasi yang menarik, berkesan dan progresif dengan mengekalkan kadar yuran yang berdaya saing dan efektif.
Menjadi sebuah organisasi kerja yang berdaya saing, seronok dan ditadbir urus secara profesional.
Nilai Teras
- Jannah Matlamat Utama
- Perjuangan Suci
- Kebaikan Mendidik
- Keunikan Setiap Insan
Jannah ialah kemenangan sebenar pendidikan Islam.
Mendidik anak-anak muslim adalah perjuangan suci membina agama Islam.
Mendidik anak-anak muslim perkara kebaikan adalah pahala yang amat besar.
Setiap anak-anak muslim adalah unik dan individu.





