Az-Zahrawi
Koleksi Pilihan Warga Az-Zahrawi
Dapatkan produk rasmi Az-Zahrawi dengan kualiti terbaik dan rekaan moden. Stok adalah terhad!




Eksplorasi Iman, Ilmu dan Amal
PPSA menyepadukan kecemerlangan akademik dan pembentukan akhlak melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Pelajar diasah potensi mereka agar menjadi insan pintar, soleh dan berdaya saing sebagai khalifah masa depan.
Program Persekolahan Holistik & Seimbang
Az-Zahrawi menampilkan program persekolahan yang holistik. Kami komited di dalam penyusunan jadual harian, mingguan dan tahunan yang seimbang dan menarik. Rutin yang berkesan adalah kurikulum tersembunyi (hidden curiculum) yang mempunyai upaya tersendiri di dalam melahirkan pelajar yang cemerlang aspek khalifah, prestasi dan potensi dirinya.
Pendekatan Pembelajaran yang Kreatif & Kontekstual
Pendekatan pembelajaran yang kontekstual melalui amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) dan pembelajaran menyelesaikan masalah dunia sebenar (Real Life Problem Based Learning). Pembelajaran di dalam dan di luar kelas juga melibatkan industri, tokoh, pakar dan fasiliti di dunia sebenar.
Mengasah Bakat & Membina Impian
Menampilkan tawaran Kelab Kemahiran Az-Zahrawi yang menarik dan tersendiri. Setiap pelajar akan diasah bakat, minat dan impiannya melalui projek-projek Kelab Kemahiran setiap semester. Antara kelab yang ditawarkan ialah Kelab Rekacipta & Inovasi, Kelab Kulinari & Pastri, Kelab Media Kreatif, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Visual dan banyak lagi.
Dorongan & Sokongan Berterusan
Dorongan dan sokongan pembelajaran berterusan dengan amalan pengiktirafan dan anugerah pencapaian yang dibuat secara rutin di dalam semua aspek pendidikan termasuk akhlak, kepimpinan, peningkatan prestasi, pencapaian istimewa dan prestasi cemerlang di dalam akademik.
Mencabar Diri & Membina Keberanian
Mengasah kebolehan dan mencabar diri pelajar secara kompetetif melalui tawaran program yang bermodul dan diiktiraf badan profesional seperti Kelab Robotik, Kelab Taekwondo, Kelab Memanah dan Kelab Bola Sepak. Az-Zahrawi juga komited mengetengahkan bakat-bakat lain dari masa ke masa ke pertandingan kompetetif di dalam acara yang bersesuaian seperti aktiviti sukan, seni dan badan beruniform.
Pendekatan Pendidikan Az-Zahrawi
AKTIF & INTERAKTIF
Pendekatan dan pengalaman pembelajaran yang aktif, interaktif, bersemangat, terkini dan fleksibel untuk mengembalikan keseronokan alam persekolahan kepada para pelajar.
KONDUSIF & NILAI
Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat dengan menerapkan nilai-nilai jati diri muslim progresif yang pintar soleh; bakal memakmurkan dunia.
BAKAT & IMPIAN
Melahir dan mengasah bakat-bakat istimewa dan upaya kepimpinan generasi yang cintakan ilmu dan kebenaran bagi mencapai impian diri untuk beri manfaat kepada semua di dunia dan akhirat.
Pengiktirafan

Sekolah Rendah Islam Swasta Cemerlang Negeri Selangor
Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi telah dianugerahkan sebagai Sekolah Rendah Islam Swasta Cemerlang Negeri Selangor 2022 oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Sekolah Terbaik UPKK & PSRA 2025 Daerah Kuala Selangor
Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi telah dianugerahkan sebagai Sekolah Terbaik UPKK dan PSRA 2025 Daerah Kuala Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
Pendaftaran
- Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Setia Alam: BJJ8096
- Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Puncak Alam: BJJ3022
- Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Hillpark: BJJ3028
- Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam: B5A8609
- Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam: B5A3114
- Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam: B5A3152
- Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Puncak Alam: BJAC001
- Sekolah Menengah Az-Zahrawi: BGA3001
- Taska Izz Kiddy: B/TI 054/2024




