Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Program Pintar Soleh Az-Zahrawi (PPSA)

Eksplorasi Iman, Ilmu dan Amal

PPSA menyepadukan kecemerlangan akademik dan pembentukan akhlak melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Pelajar diasah potensi mereka agar menjadi insan pintar, soleh dan berdaya saing sebagai khalifah masa depan.

Program Persekolahan Holistik & Seimbang

Az-Zahrawi menampilkan program persekolahan yang holistik. Kami komited di dalam penyusunan jadual harian, mingguan dan tahunan yang seimbang dan menarik. Rutin yang berkesan adalah kurikulum tersembunyi (hidden curiculum) yang mempunyai upaya tersendiri di dalam melahirkan pelajar yang cemerlang aspek khalifah, prestasi dan potensi dirinya.

Pendekatan Pembelajaran yang Kreatif & Kontekstual

Pendekatan pembelajaran yang kontekstual melalui amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) dan pembelajaran menyelesaikan masalah dunia sebenar (Real Life Problem Based Learning). Pembelajaran di dalam dan di luar kelas juga melibatkan industri, tokoh, pakar dan fasiliti di dunia sebenar.

Mengasah Bakat & Membina Impian

Menampilkan tawaran Kelab Kemahiran Az-Zahrawi yang menarik dan tersendiri. Setiap pelajar akan diasah bakat, minat dan impiannya melalui projek-projek Kelab Kemahiran setiap semester. Antara kelab yang ditawarkan ialah Kelab Rekacipta & Inovasi, Kelab Kulinari & Pastri, Kelab Media Kreatif, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Visual dan banyak lagi.

Dorongan & Sokongan Berterusan

Dorongan dan sokongan pembelajaran berterusan dengan amalan pengiktirafan dan anugerah pencapaian yang dibuat secara rutin di dalam semua aspek pendidikan termasuk akhlak, kepimpinan, peningkatan prestasi, pencapaian istimewa dan prestasi cemerlang di dalam akademik.

Mencabar Diri & Membina Keberanian

Mengasah kebolehan dan mencabar diri pelajar secara kompetetif melalui tawaran program yang bermodul dan diiktiraf badan profesional seperti Kelab Robotik, Kelab Taekwondo, Kelab Memanah dan Kelab Bola Sepak. Az-Zahrawi juga komited mengetengahkan bakat-bakat lain dari masa ke masa ke pertandingan kompetetif di dalam acara yang bersesuaian seperti aktiviti sukan, seni dan badan beruniform.

https://azzahrawi.edu.my/wp-content/uploads/2025/10/Artboard-3.png

Visi

Melahirkan & Membangunkan Anak Pintar Soleh Yang Memakmurkan Dunia

https://azzahrawi.edu.my/wp-content/uploads/2025/11/misi.jpg

Misi

  1. Menjadi institusi pendidikan integrasi yang lengkap, selamat dan menyediakan suasana pembelajaran kondusif dalam persekitaran biah solehah.
  2. Memberikan perkhidmatan pendidikan integrasi yang menarik, berkesan dan progresif dengan mengekalkan kadar yuran yang berdaya saing dan efektif.
  3. Menjadi sebuah organisasi kerja yang berdaya saing, seronok dan ditadbir urus secara profesional.
https://azzahrawi.edu.my/wp-content/uploads/2025/11/nilai.jpg

Nilai Teras

  1. Jannah ialah kemenangan sebenar pendidikan Islam.
  2. Mendidik anak-anak muslim adalah perjuangan suci membina agama Islam.
  3. Mendidik anak-anak muslim perkara kebaikan adalah pahala yang amat besar.
  4. Setiap anak-anak muslim adalah unik dan individu.
https://azzahrawi.edu.my/wp-content/uploads/2025/11/model-guru-e1762741948892.jpg

Model Guru

  1. Percaya potensi khalifah kecil.
  2. Amanah dan bertanggungjawab kepada tugas mendidik.
  3. Komited pada tugas menyampaikan.
  4. Guru yang matang dan bijaksana.