Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
BERSAMA MEMBINA ANAK PINTAR SOLEH

Panduan & Polisi Pendaftaran Murid

Terima kasih kerana memilih kami. Mari bersama kita bina anak-anak pintar soleh yang memakmurkan dunia!

    1. Semua urusan pendaftaran mesti dilakukan secara online di sistem pengurusan murid ASIS mengikut pusat masing-masing.
    2. Semua pendaftaran akan diproses oleh pejabat sekolah. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, tuan-puan boleh hubungi dan buat semakan terus kepada pejabat sekolah.
    3. Semua pendaftaran maklumat secara online mesti disahkan. Telah mendaftarkan maklumat di sistem ASIS, belum bermakna murid berkenaan diterima. Pejabat sekolah akan menghubungi ibu bapa murid yang terpilih. Pendaftaran murid hanya dapat disahkan dengan penyerahan dokumen rasmi yang diperlukan dan bayaran pengesahan pendaftaran telah diterima.
    4. Tempat yang dapat ditawarkan setiap tahun adalah terhad. Apabila sesuatu pendaftaran telah disahkan, tempat berkenaan tidak akan ditawarkan lagi kepada murid lain.
    5. Terdapat dua jenis pendaftaran: (1) Pendaftaran tahunan semula murid sedia ada. (2) Pendaftaran murid baharu. Setiap jenis pendaftaran ada prosedur standard yang tersendiri.

Hubungi pejabat sekolah sekiranya tuan-puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan memerlukan bantuan berkaitan pendaftaran dan kemasukan murid.

Berikut adalah prosedur standard bagi (1) Pendaftaran tahunan murid sedia ada. Pendaftaran murid sedia ada dinamakan sebagai PENDAFTARAN KEUTAMAAN. Pendaftaran jenis ini eksklusif terhad kepada murid sedia ada dan adik beradiknya sahaja.

Berikut adalah pula adalah prosedur standard bagi (2) Pendaftaran murid baharu. Pendaftaran ini terbuka kepada semua murid yang kali pertama mendaftar di mana-mana program Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi. Hanya pendaftaran yang DISAHKAN sahaja diterima menjadi murid di institusi Az-Zahrawi.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Az-Zahrawi Setia Alam:

013 660 0101

Az-Zahrawi Puncak Alam:

016 244 0101

Az-Zahrawi Hillpark:

010 861 0101

Berminat untuk mendaftarkan anak anda di:

Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi

Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi

Sekolah Menengah Az-Zahrawi