Datuk, Datin, tuan puan, ayahanda bonda, murobbi warga Az-Zahrawi yang dimuliakan.
1. Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi sentiasa komited meningkatkan kualiti perkhidmatan yang kami tawarkan dari masa ke masa.
2. Borang online aduan perkhidmatan, penghargaan dan pemberi maklumat ini disediakan sebagai (1) medium saluran dan penyampaian maklumat sebarang aduan dan penghargaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan atau (2) apa jua salah laku berkaitan Az-Zahrawi dari aspek pentadbiran, operasi, kewangan, hal ehwal akademik dan undang-undang Malaysia.
3. Berdasarkan aduan, penghargaan dan maklumat yang diterima, Az-Zahrawi akan memastikan identiti pengadu dan pemberi maklumat tidak akan didedahkan. Permohonan kebenaran akan dibuat untuk sebarang tindakan susulan yang sekiranya perlu melibatkan libat urus bersama.
4. Semua aduan, penghargaan atau sebarang penyampaian maklumat akan diproses mengikut kategori aduan atau maklumat selepas tarikh aduan, penghargaan atau maklumat diterima iaitu :
i. Isu Kritikal - Isu berkaitan keselamatan dan kesejaheraan. (3 - 5 HARI BEKERJA)
ii. Isu Keutamaan - Isu yang menjejaskan operasi sekolah. (7 HARI BEKERJA)
iii. Isu Umum - Isu umum yang boleh diselesaikan dalam tempoh sederhana. - (7 - 10 HARI BEKERJA)
iv. Isu Biasa - Isu yang tidak memerlukan tindakan segera. (10 - 14 HARI BEKERJA)
5. Setiap aduan akan melalui prosedur standard dan tempoh penyelesaian yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengurus Kampus Az-Zahrawi di talian 013 660 0101 (Setia Alam), 016 244 0101 (Puncak Alam) dan 010 861 0101 (Hillpark).
#pintarsoleh #memakmurkandunia
KUMPULAN PENDIDIKAN AZ-ZAHRAWI
Tarikh : 20 Januari 2026 (Selasa)

