Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Kami amat berbangga dengan anak pintar soleh Az-Zahrawi yang memberi cabaran hebat mereka di Kejohanan Memanah MSSD Kuala Selangor 2026 yang telah berlangsung pada 16 April 2026 yang lalu.
 
Tahniah dan syabas buat Izara Sophia Binti Abdul Malik dari Az-Zahrawi Hillpark yang telah mendapat tempat ke-8 dan Khairun Nafeesa Binti Muhammad Alfatih dari Az-Zahrawi Setia Alam mendapat tempat ke-11. Alhamdulillah.
 
Usaha dan kejayaan kalian menyemarakkan lagi semangat kami semua untuk mencabar diri dan berjuang untuk kejayaan mengharumkan nama negara dan Az-Zahrawi. Terima kasih juga atas dokongan penuh ibu bapa bagi peluang penyertaan edisi ini.
 
Teruskan melangkah dengan semangat juang yang tinggi dan ukhuwwah. Az-Zahrawi pantang menyerah! Gooo fighting!