Di medan yang berbeza, mereka membawa tetap semangat yang sama, keberanian, disiplin dan maruah seorang pejuang.
Ternyata dari setiap titisan peluh dari hari-hari latihan, tersimpan satu tarbiyyah diri yang membentuk jiwa yang kuat, beradab dan tidak mudah menyerah.
Warga Az-Zahrawi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Muda Muhammad Ukail Qayyum Bin Muhammad Haidzir kerana berjaya menjuarai Kejohanan Ragbi Thirteen Rhino Challenge 2026 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2026. Allahuakbar!
Juga kepada Tuan Muda Ahmad Rafif Noah Bin Kamal kerana mendapat pingat Emas dalam Kejohanan Universiti Malaya Pendekar Seabad Pencak Silat Berkumpulan Terbuka 2026 yang telah berlangsung pada 26 April 2026 di Universiti Malaya. Subhanallah!
Usaha dan kejayaan kalian menyemarakkan lagi semangat kami semua untuk mencabar diri dan berjuang untuk kejayaan mengharumkan nama Az-Zahrawi, umat dan negara ini! Az-Zahrawi gooo fighting!
#pintarsoleh #memakmurkandunia