15th STEAM Cup Malaysia (International) 2025, International Robotics Competition
- November 13, 2025
- admin
- 0
Warga Az-Zahrawi berbangga dengan anak pintar soleh yang memberi cabaran hebat mereka di 15th STEAM Cup Malaysia (International) 2025, International Robotics Competition yang telah berlangsung pada 4 & 5 Oktober 2025 yang lalu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pelbagai acara dengan pelbagai kategori telah dipertandingkan.
Tahniah dan syabas buat Azhad Eusoff Bin Mohd Hafiz Dzarfan (SRIAZA : Gold Assembly Boss), Muhammad Samyr Wildan Bin Muhammad Shukry (SRIAZA : Silver Assembly Boss), Muhammad Adeeb (PCAZA : Bronze Assembly Boss), Zahira Aisyah (SRIAZA : 3rd Assembly Boss), Ammar Khalifi Bin Mohd Afezul (SRIAZA : Bronze Assembly Boss) dan Muhammad Afeef Mirza Bin Mohd Yuzaidi (SRIAZA : Bronze Assembly Boss).
Satu emas, satu perak dan empat gangsa!
Subhanallah!
Tidak ketinggalan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada peserta lain yang mendapat 5th Place dalam acara The Breakers (Kategori Senior) dan The Builders (Dream) Kategori 2G iaitu Zahira Aisyah (SRIAZA), Siti Zahara Sofya (SRIAZA), Siti Nurzahirah Akmal Binti Rurizalakmal (SRIAZA), Wan Muhammad Ammar Bin Mohd Azlan (SRIAZA) dan Mohamed Arsh Aydin Bin Khairul Annuar (SRIAZA) atas semangat juang dan usaha yang diberikan di dalam menjayakan acara dalam kategori masing-masing. Allahuakbar!
Bagi peserta lain yang turut serta kami yakin kalian juga telah buat yang terbaik dan berjuang habis-habisan di medan pertandingan. Kalian tetap pemenang di hati kami semua. Cuba lagi di kesempatan yang akan datang. Az-Zahrawi goooo fighting!
Usaha dan kejayaan kalian menyemarakkan lagi semangat kami semua untuk mencabar diri dan berjuang untuk kejayaan mengharumkan nama negara dan Az-Zahrawi. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas jasa baik dan bimbingan para jurulatih kami yang budiman iaitu Coach Zul, Coach Diana dan pasukannya. Barakallahufik.

