Pasukan Kelab Robotik An-Najihin Setia Alam telah memberi saingan yang sengit di STEM Cup Malaysia 2019 (Peringkat Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan) pada 13 Okt 2019 bertempat di Sekolah Setia Budi, Gombak, Selangor. Tahniah diucapkan kepada Tuan Muda Muhammad Dzulkarnain Mazlika Bin Mohd Iskandar Mazlika yang muncul Juara (Bowling Robot) & Naib Juara (Sumo Robot). Juga kepada Tuan Muda Muhammad Naim Bin Ahmad Mustapha, tempat keempat (Maze Robot).