Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Indah sungai, pergi berlari,
Bawa sama buah berangan;
Usaha dicurah, tangkasnya diri,
Semangat waja, menyerah jangan.
 
Warga Az-Zahrawi berbangga dengan pasukan Kelab Taekwondo Az-Zahrawi yang berani menyahut cabaran di MBW International Taekwondo Championship 2025 yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2025 yang lalu di Kompleks Sukan Nilai.
 
Tahniah dan syabas buat (1) Nur Medina Safiya Binti Takdir (Silver) SRIAZA (2) Aufa Amani Binti Muhamad Faizal (Bronze) SRIAZA (3) Syarifah Aisyah Azzahra Binti Sayid Zulhusni (Silver) SRIAZA (4) Roys Bin Mohd Reza (Gold) SMAZA (5) Avrahana Eriesya Binti Shukri (Bronze) SMAZA (6) Muhamad Wazif Bin Muhamad Faizal (Bronze) SMAZA (7) Muhammad Hadiff Ieman Bin Takdir (Bronze) SMAZA (😎 Awatif Amna Binti Muhamad Faizal (Bronze) SMAZA. Satu emas, dua perak dan lima gangsa! Subhanallah!
 
Terima kasih kami ucapkan kepada pasukan jurulatih yang amat berdedikasi melatih mereka saban minggu. Juga kepada ibu bapa yang setia mendokong dan menyokong penglibatan anak-anak ini di dalam meneroka bakat masing-masing. Az-Zahrawi, gooo fighting!