9th Asian Robotic Competition for Primary & Secondary School (9th KRON 23)
- November 1, 2023
- admin
- 0
Tahniah & syabas! Kalian kebanggaan Malaysia dan seluruh warga Az-Zahrawi!
Seramai enam orang pelajar Az-Zahrawi terpilih mewakili Malaysia ke 9th Asian Robotic Competition for Primary & Secondary School (9th KRON 23). Kejohanan ini berlangsung 25 hingga 29 Oktober 2023 yang lalu. Semua acara dijalankan di Indonesia Convention Exhibition, Banten, Indonesia.
Ternyata dengan asbab izin Allah dari usaha yang diberikan oleh para peserta, tunjuk ajar coach serta sokongan padu dari ibu-bapa, Az-Zahrawi telah berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu anugerah kecemerlangan.
Tahniah dan penghargaan khusus ditujukan kepada Tuan Muda Putera Hafizh Jaziil Muqry Bin Hazry Izuan (SRIAZA : Gold – Brick Speed), Tuan Muda Ilhan Munseef Bin Mohd Noor Yatim (SRIAZA : Gold – Road Challenge) dan Tuan Muda Muhamad Wazif Bin Muhamad Faizal (SMAZA : Excellent Award – Drone Mission). Kalian sangat hebat! Allahuakbar!
Tidak ketinggalan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Tuan Muda Mohamed Arsh Aydin Bin Khairul Annuar (SRIAZA), Tuan Muda Wan Muhammad Ammar Bin Mohd Azlan (SRIAZA) dan Cikpuan Muda Yusra Alayna Binti Mohd Noor Yatim (SRIAZA) atas semangat juang dan usaha yang diberikan di dalam menjayakan acara masing-masing. Allahuakbar!
Usaha dan kejayaan kalian menyemarakkan lagi semangat kami semua untuk mencabar diri dan berjuang untuk kejayaan mengharumkan nama negara dan Az-Zahrawi. Az-Zahrawi gooo fighting!

