Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Kami warga Az-Zahrawi ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Cikpuan Muda Nur A’dil Sofia Binti Muhammed Shahrul Hafiz (4 Jabir Ibn Hayyan) yang telah memenangi pingat Perak di 2nd Leg, 11th Koryo Circuit Invitation Taekwondo Championship 2023 yang telah berlangsung pada 8 Oktober 2023 lalu di Stadium Panasonic Shah Alam.
 
Kejohanan tahunan anjuran Taekwondo Malaysia (WTF) ini sangat kompetetif. Pencapaian cikpuan muda menjadi inspirasi semua untuk terus berusaha memajukan dan mencabar diri sendiri di dalam bidang yang diminati.
 
Tahniah dan syabas sekali lagi buat Cikpuan Muda Nur A’dil Sofia! Teruskan kecemerlangan, capai potensi dan prestasi diri sebagai anak pintar soleh yang memakmurkan dunia. Az-Zahrawi, goo fighting!