Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
 
Kejohanan ATA Poomse Taekwondo Championship 2023, telah diadakan dengan jayanya pada 18 Jun 2023 yang lalu di Dewan Serbaguna MBSJ, Bandar Puteri, Puchong.
 
Kami warga Az-Zahrawi amat berbesar hati dan berbangga dengan usaha penyertaan dari semua peserta. Tidak kira apa jua keputusan akhir kejohanan ini, keberanian kalian menyahut cabaran ini sudah amat membanggakan kami semua. Menang kalah, adat pertandingan. Subhanallah!
 
Kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat peserta-peserta berikut :
 
Muhammad ‘Aisy Zharfan bin Mohd Ikhwan Hafidz (Emas), Aaisyah Zhaafirah binti Azharuddin (Emas) dan Noh Aryan Rizqi bin Norhasmin (Perak) yang mewakili Kelab Taekwondo Az-Zahrawi Setia Alam.
 
Muhammad Hadiff bin Muhammad Khalil (Emas), Umar Irsyad bin Ruzaini (Emas), Muadz Ziyaad bin Ruzaini Amir (Emas), Muhammad Khair Faris bin Mohd Idzwan (Perak), Nur Hanan Nazihah binti Mohd Nazri (Perak) dan Nur Syaurah Annisa binti Suhazrul Imran (Gangsa) yang mewakili Kelab Taekwondo Az-Zahrawi Puncak Alam.
 
Mereka semua telah bertanding di pelbagai kategori dan peringkat umur di kejohanan ini. Alhamdulillah.
 
Teruskan usaha kalian. Terapkan nilai disiplin, berani dan bertanggungjawab di dalam kehidupan masing-masing. Cipta lagi kejayaan demi kejayaan di dalam mengasah bakat dan kebolehan diri. Anak-anak Pintar Soleh Az-Zahrawi, pantang menyerah! Go Az-Zahrawi! Allahuakbar!