Baru-baru ini, pada 18 hingga 20 Ogos 2023, Kelab Taekwondo Az-Zahrawi telah menghantar cabaran ke MBW International Taekwondo Championship 2023 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Peserta dari 18 buah negara telah menyertai kejohanan perdana ini.
Alhamdulillah, para peserta dari Az-Zahrawi telah membawa pulang 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa dari kejohanan bertaraf antarabangsa ini. Syabas dan tahniah kami semua ucapkan!
Rakaman rasa bangga dan ucapan penghargaan kami berikan kepada (1) Tuan Muda Muadz Ziyyad Bin Ruzaini Amir, Poomse 6-8 Male, Emas. (2) Tuan Muda Muhammad Hadiff Bin Muhammad Khalil, Poomse 9-11 Male, Perak. (3) Tuan Muda Nik Muhammad Muhaimin Bin Nik Mohd Jazlan, Poomse 9-11 Male, Gangsa. (4) Cikpuan Muda Aaisyah Zhaafirah Binti Azharuddin, Poomse 12-14 Female, Gangsa.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada para ibu-bapa yang terus menyokong dan mendokong aktiviti luar anakanda seperti ini. Alhamdulillah.
Teruskan kecemerlangan, gilap bakat dan potensi diri mu. Anak-anak Pintar Soleh Az-Zahrawi pantang menyerah, goo fighting! Allahuakbar!