Kejohanan IIUM Robotic Competition 2024
- July 30, 2024
- admin
- 0
Warga Az-Zahrawi ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat pasukan Kelab Robotik Az-Zahrawi yang telah berjuang habis-habisan di kejohanan IIUM Robotic Competition 2024 baru-baru ini. Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 & 28 Julai 2024 bertempat di IIUM Cultural Centre.
Bagi acara ‘Autonomous Drone’, Az-Zahrawi telah diwakili oleh pasukan Kelab Robotik Sekolah Menengah Az-Zahrawi yang dibarisi oleh Tuan Muda Muhamad Wazif Bin Muhamad Faizal, Tuan Muda Nurhan Bin Muhammad Kharibi dan Cikpuan Muda Fatima Az-Zahra Binti Barkat Ali.
Pasukan ini telah berjaya mendapat kedudukan 5 teratas dari 26 -pasukan yang bertanding. Subhanallah!
Bagi acara ’Coding Time Rush’ pula, Az-Zahrawi telah diwakili pasukan dari SRI Az-Zahrawi yang dibarisi oleh Tuan Muda Ahmad Qarari Bin Mohd Helmi, Tuan Muda Mohammad Hariz Bin Ahmad Mustapha dan Tuan Muda Mohamed Arsh Aydin Bin Khairul Annuar.
Pasukan ini pula berjaya mendapat kedudukan 10 teratas di dalam kategori mereka. Alhamdulillah!
Sekalung penghargaan diucapkan para jurulatih pasukan ini yang diketuai oleh Coach Diana dari edu.robot.stem. Juga kepada ibu bapa yang setia mendokong dan menyokong penglibatan anak-anak ini di dalam meneroka minat masing-masing.
Az-Zahrawi, gooo fighting! Barakallahufik.

