Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Ucapan syabas dan tahniah dari kami warga Az-Zahrawi kepada Cikpuan Muda Nur Dania Najwa Binti Ahmad Tarmizy atas pencapaian hebat beliau, sekali lagi di pentas sukan lawn bowls di peringkat kebangsaan.
 
Beliau dan pasukan yang mewakili Negeri Selangor telah bergelar Juara di kejohanan MLB Tigers Grand Slam bagi kategori Under 12 Open Fours. Kejohanan ini diadakan pada 11 hingga 13 Oktober 2024 yang lalu di Arena Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
 
Kami mendoakan Cikpuan Muda Nur Dania Najwa terus cemerlang di dalam bidang sukan yang diceburi. Barakallahufik! Azzahrawi, gooo fighting!