Warga Az-Zahrawi berbangga dengan pasukan Nasyid dan Pidato Sekolah Menengah Az-Zahrawi yang telah membawa nama Az-Zahrawi ke peringkat negeri Selangor dalam Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Swasta Negeri Selangor dan Pertandingan Pidato Peringkat Menengah Sekolah-Sekolah Swasta Negeri Selangor baru-baru ini.
Pertandingan yang telah diberikan akreditasi pihak KPM ini telah berlangsung dengan jayanya pada 28 September 2024 yang lalu di Sekolah Setiabudi, Gombak.
Sesungguhnya perjalanan ini telah membuka jalan pembelajaran dan pengalaman yang bermakna untuk kita semua.
Teruskan melangkah dan berjuang! Az-Zahrawi pantang menyerah, gooo fighting!