Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi
Warga Az-Zahrawi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Muda Muhammad Iman Muhaimin Bin Mohd Zukhairi (6 Ibnu Nafis) atas kecemerlangan dan prestasi hebat di lapangan sukan kegemaran beliau; pingpong. Syabas!
 
Baru-baru ini beliau telah mendapat tempat ketiga (Acara Single) di Kejohanan Sirkit Kebangsaan Siri 1 Para, Ping Pong, Negeri Selangor pada 21 hingga 23 September 2023 yang lalu. Sirkit berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
 
Beliau juga telah mendapat tempat ketiga (Acara Double) di Piala Datuk Bandar Kuantan Kali Kedua pada 30 Sept hingga 1 Oktober 2023 di Dewan MBK Kuantan.
 
Usaha dan komitmen tuan muda menjadi inspirasi kepada kami semua. Barakallahufik!
Teruskan kecemerlanganmu anak Pintar Soleh Az-Zahrawi! Gooo fighting!