Tahniah dan syabas kami ucapkan buat semua wakil dari Kelab Taekwondo Az-Zahrawi yang berani menyahut cabaran di Astral Taekwondo Championship 2024 baru-baru ini.
Kejohanan yang diiktiraf oleh WTF dan Taekwondo Malaysia ini berlangsung sepanjang hari pada 19 Oktober 2024 yang lalu di 3K Sports Complex, Subang Jaya.
Pada kejohanan ini sebanyak 10 pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa telah berjaya direkodkan di dalam pelbagai kategori penyertaan. Subhanallah!
Terima kasih kami ucapkan kepada Master Kalai sebagai Ketua Jurulatih dan buat semua jurulatih yang amat berdedikasi melatih mereka saban minggu. Az-Zahrawi, gooo fighting!